Pages

Wednesday, July 8, 2015

Sambung Belajar atau Bekerja?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Dah berabuk sangat blog yang kadang-kadang bagi duit kat aku ni. tapi disebabkan semakin jarang bukak blog ni, maka sumber pendapatan dari blog ini jugak makin berkurangan.

Cukup cerita pasal habuk blog. Sebenarnya setelah 3 tahun menyepikan diri, sambung belajar je pun. Aku tengah cuti sementara menunggu semester akhir iaitu Latihan Industri.

Kebiasanya pelajar pengajian tinggi mesti akan melalui dilema iaitu ingin sambung belajar lagi ataupun mula bekerja. Seriously, serabut woi pikir benda ni sebab ini melibatkan masa depan.

Aku bukannya nak bagi tips atau panduan bagi orang yang alami dilema ini, tapi sekadar nak berkongsi sebab sekarang aku dalam dilema ni!
Dari awal semester 1, aku da berangan dah nak kerja selepas habis belajar sebab semacam penat pulak bila dah belajar, otak penat, badan relax je atas katil. Performance aku masa belajar pun tak berapa semangat pun. Maksudnya, aku tak beriya menikmati zaman belajar ni terutamanya dalam kelas. Aku cuma nikmati keindahan waktu tak ada kelas dengan kawan-kawan je. Er, normal la tu kan..

Dilema untuk sambung belajar lagi bermula bila pensyarah iaitu merangkap supervisor aku.. mula menawarkan grant untuk aku sambung master beberapa bulan yang lepas. tapi aku buat tak dengar je sebab aku tengah serabut dengan projek aku. Sehinggalah semasa hantar laporan projek aku yang terakhir.. Dia sekali lagi menawarkan tawaran yang sama. Iaitu peluang menyambung belajar di peringkat Sarjana secara percuma! dan menerima gaji pulak tu.. RM1500 setiap bulan! Menarikkan???

Aku mula la tunjukkan minat nak tahu lebih lanjut dan dia pun bersemangat nak tolong aku sambung belajar atas tajuk projek yang sedia ada ni. Kiranya sambung master by Research. Rancangan beliau, setelah habis Latihan Industri bulan 12 ni, aku sambung belajar master. Tambah-tambah lagi, bagi memudahkan aku, beliau secara sukarelanya iaitu tanpa bertanya pada aku dulu, telah pun berbincang dengan rakan sekerjanya bagi menempatkan aku menjalani latihan industri di dalam Universiti sahaja dan pada masa yang sama menjadi Parttime RA beliau. RA tu Research Assistant. Gaji pulak dibayar ikut jam. LI aku tu setakat cukupkan syarat je sebab aku dibenarkan untuk memulakan kajian semasa sedang menjalani latihan industri tu..

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Segalanya umpama dipermudahkan dalam jalan nak menuntut ilmu tu.. Tapi disebabkan umur aku semakin lanjut dan keadaan ekonomi sekarang, membuatkan aku takut arah tuju aku setelah menamatkan Master nanti sebab waktu-waktu sekarang ni ramai graduan yang menganggur! Ekonomi semakin gawat dan terutamanya aku teringin untuk mengumpulkan duit dan merasa duit sendiri pulak sekarang ni.

Semacam skema pulak ayat-ayat aku dalam entry ni.. bantai je lah! Banyak pendapat aku cuba dengar bagi usaha nak buat keputusan ini. Analisisnya adalah:

  1. Keluarga = Pilih apa yang rasa hati nak tapi lebih setuju kepada bekerja
  2. Kawan Universiti = Pengalaman lagi bermakna sekarang ni daripada sijil
  3. Kawan = Terima rezeki yang Allah dah tetapkan untuk aku. Belajar percuma dan dibayar.
  4. Internet = Berkerja, Tahap belajar tak bermakna kalau takde pengalaman.
  5. Kekasih = Belajar sebab cuma setahun sahaja.

Kesimpulan.. tetap tak tahu nak buat keputusan! tapi berat hati rasa nak bekerja.. insyaallah setelah ada keputusan, aku akan update.. sekian.

No comments: